BERITA MRCKP

KANGAR 22 Oktober, 2009 : Seramai 10 orang ahli BSMM VAD Unit 4 Jitra menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab ProStar Jitra sebagai urusetia masakan & fasalitator. Bahan makanan dimasak di pejabat BSMM Cawangan Perlis. Semua ahli BSMM Unit 4 juga bermalam di sana. Antara yang terlibat ialah:-

En. Khamri (Chef), En. Rosli, En. Nasrul Amri, En. Nor Azlan, En.Ku Rossini, Pn. Saparina, Cik Norharmiza, Cik Ummi Kalsom, En. Mohd Rizam RCY, Cik Kartika, En. Asri, En. Nurinajmi & En. Akmal.

Perkhemahan ini tamat pada hari sabtu 24 Oktober 2009 jam 2 petang.

 

KULIM 24 Oktober, 2009 : Seramai 3 orang ahli BSMM VAD Unit 4 Jitra & seorang ahlijawatankuasa cawangan Perlis, terlibat bagi memberi bantuan kecemasan untuk perkhemahan Kem Kor Kadet Polis Semalaysia di MRSM PDRM, Junjung Kulim pada 24 Oktober 2009 hingga 28 Oktober 2009.

Antara yang terlibat ialah:-

En. Nasrul Amri, En. Mohd Rizam RCY, En. Ku Rossini & Cik Norharmiza.

2 van (ambulan) terlibat ialah van BSMM Cabang Kubang Pasu & Ambulan BSMM Cabang Kulim.

 

JITRA 30 Oktober, 2009 :  Perjumpaan ahlijawatankuasa BSMM VAD Unit 4 Jitra di Pejabat Latihan BSMM Cabang Kubang Pasu bagi menyempurnakan kertas kerja perkhemahan Kem 1Malaysia:Persediaan Menghadapi Bencana yang dicadangkan pada bulan disember nanti.

 Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi menyelesaikan kertas kerja & surat mengenai kem tersebut.Ia dipengerusikan oleh Komandan unit4, En. Mohd. Nor Azlan b. Abu Bakar.

 

 JITRA 31 Oktober, 2009 : Larian Jogathon Guru-guru Kubang Pasu bertempat di Taman Tema Tasik Darulaman Jam 8.00pagi. Antara ahli VAD unit 4 yang terlibat ialah:- En. Nor Azlan Abu Bakar, En. Nasrul Amri Abd Razak, En. Ku Rossini, En. Malek, Cik Noorfarhana Ahmad & Cik Noorharmiza bt.Mat.